Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia akan berganding bahu bersama beberapa agensi yang lain bagi mengesan dua lagi mangsa bot karam di perairan Pulau Redang, Isnin lalu.
Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata ia susulan pencarian yang dilaksanakan sejak Selasa lalu masih gagal menemui sebarang petunjuk bagi mengesan kedua-dua mangsa itu.